Jul 25, 2007

Narita Dai 2 Terminal




21 July 2007... adalah hari yang dinanti-nantikan.. akhirnya kedua-dua orang yang tersayang tiba kembali ke jepun dari malaysia... sebelum tidur semalam aku telah memasang alarm pada pukul 4:30 pagi... tetapi sebelum 4:30 aku telah terjaga ... terasa kagum dengan diri sendiri... teringat kata-kata professor aku time mengaji dulu... "manusia adalah makhluk yang agak pelik...semua mempunyai potensi memahami dan melakukan semua perkara di dunia ini... tetapi sekuat mana keinginan dan kemahuan itu akan menentukan kejayaan manusia tersebut"...

Selepas menjemur baju yang telah dibasuh semalam, lebih kurang pukul 5:30 pagi aku pun terus menghidupkan enjin dan terus menuju ke narita airport yang terletak lebih kurang 100km lebih dari tempat aku tinggal...lebih kurang pukul 7:00 pagi aku telah sampai di shisui parking area... di sini berhenti sekejap untuk berasap jap ngan melihat airport notice board... good idea kan... letak airport notice board kat parking area... so driver boleh la budget time... so tak lah jem sangat kat airport nanti... plus parking kat parking area free ...tapi kat airport 500yen per hour...so takder la membazir sangat kepada mereka yang sampai awal... plus dapat updated info... tapi oleh kerana exicited sangat aku tersilap lihat info... hendak melihat MAS nyer schedule terlihat pulak JAL nyer ...tu la pasal lihat destination only... airline luper lak nak lihat... rupa-rupa MAS nyer flight delay 30 min... so melangutla kat airport... abis ronda airport... tu la pasal dapat gambar board di atas ... simpan bukti...

Plan asal nak letak gambar my wife and my son time diaorang keluar dari gate tu kat sini... tapi oleh kerana silap budget ... leka sangat pusing kedai.... diaorang keluar dulu... so tinggal asapla plan tu... maybe next time kalau ader rezeki.. anyway my life kembali seperti biasa....hope dapat laksanakan azam aku time diaorang "hilang sekejap dari hidup ini"...

Jul 17, 2007

My Lovely wife


IMG_1619, originally uploaded by malamm.

Dear my wife,
Tanpa mu hidup ini dirasakan tidak bermaya... walaupun baru berpisah beberapa hari tidak sabar lagi mengira hari kita bertemu kembali...
tanpa disedari kehadiran dirimu dalam hidupku umpama lalang... hendak dikerat, tumbuh kembali... ku cuba melakukan segala kerja yang sayangku lakukan setiap hari selepas pulang dari kuliah, memasak, membasuh baju .... baru aku tahu betapa besarnya kehadiran mu dalam keluarga ini... sebelum ini bukannya aku tidak mengetahuinya, bukannya tidak megakuinya, tetapi mungkin...aku pun tak tahu.... itu belum lagi ditambah dengan membesarkan our little hero...

Jul 15, 2007

One morning in Lake Yamanaka, Japan.

Gambar ini diambil semasa kami berkhemah di Yamanakako, Jepun. Tasik ini berdekatan dengan Gunung Fuji. Apabila keluar dari khemah selepas terjaga dari tidur yang enak, inilah permandangan yang terpampang di depan mata ku.. I get my camera and snap beberapa shot... so ini adalah one of them... kalau tak silap dalam pukul 4 pagi lebih kut... I just wondering ... sejak pukul berapa geng-geng pancing tu dah line up kat situ.... this morning view will be always in mind .....